tukar pegi domain sendiri

7 caci maki

assalamualaikum dan salam satu malaysia.


rasa macam mimpi tak bila gua ucap salam dan ucam salam yang propaganda ni.


usia blog ini tak sampai pun sebulan. dulu gua ada blog nama susukacangsoya.blogspot.com. gua tutup dan buat blog baru. 


masa tu, gua terlibat dengan satu konflik yang memang racist gile. eh, gua bukan penakut nak larikan diri. gua cuma suka ambil sikap diam-diam tanpa melawan.
serius, gua sayang gila blog lama. gua tak delete. gua cuma private dan hide blog tu.


sekarang, gua nak rujuk balik kat blog tu setelah ada somebody yang  dah belanje gua domain sendiri. bajet kan? padahal gua bukan blogger peymes pun. follower tak sampai seratus tapi dah nak ade domain sendiri. serius wey, gua taknak tunjuk-tunjuk tapi sebab ada orang nak belanje, ambik je lah. sapa yang sudi nak blnje domain tu macam tu je sampai mati? hanya orang tersayang je.


blog ini hanya alter ego gua. gua bukan macam dalam blog ini. gua gedik gile.

nama gua durrah khairuddin.
gua rasa gua hodoh.


kalau rasa masih mahu kawan dengan gua dan nak tahu personal dan baca entri yang lebih wanita, pegi sini :



sayang korang :)



warna-warni aidilfitri

2 caci maki

malam ini. kampus gua buat makan-makan raya. semua pelajar kena pakai baju raya, mekap tebal, pakai perfume wangi-wangi dan pakai heels. yang jantan, pakai baju melayu siap bertanjak dan berkeris. pahal gua describe etika pemakaian mereka yang sedap berjimba dengan pasangan kat dewan tu. lupa nak bagitahu, kena bayar RM5 kalau nak makan.


mata gua melirik kat semua budak bilik gua. hormon estrogen semua menginjak naik. pakat ramai-ramai pakai baju raya dan heels. semua nak pakai selendang macam yuna. haha :DD


gua cepat-cepat alih pandangan mata. gua pandang pemakaian diri sendiri. muka kilat, rambut mengerbang, baju busuk sebab tak tukar dari pagi. ahh! semangat nak makan-makan raya gua langsung tak ada. padahal, gua dah beli kupon makanan yang pada minit-minit terakhir gua jual dekat bilik seberang. 


untuk apa gua pergi?


duduk berkepak tunjuk baju raya sedangkan tiada siapa hingin nak tengok dan puji kecantikan semula jadi gua. 


ataupun tunggu lelaki-lelaki datang ajak gua bergambar? maaf. gua bukan BITCH yang terhegeh-hegeh depan lelaki yang random dan gua tak berapa kenal.


sumpah, gua tak ada semangat langsung.! tak macam masa gua kat kolej, gua orang pertama yang mandi dan mula bersiap. gua adalah manusia yang akan test baju dinner hari hari. yang pakai heels 4 inci gua setiap hari dalam dorm sebab nak praktis berjalan. takut terpelecok.
gua atur cara jalan gua yang tak berapa perempuan ni. eksaited masa itu untuk jumpa encik laki kat dewan. 


sekarang, gua duduk dalam bilik sambil hapdet blog dan cuba melelapkan mata. 


tak boleh lelap sebab dengar band alesana memekak. 


makin tua ni, gua makin PATHETIC.
takdak life betul! 


nak tukar nama lah, jadi cik PATHETIC

peristiwa menjawab tutorial di kampus.. :')

6 caci maki

apasal gua boleh terpengaruh dengan perangai melayu ni?
suka benar buat kerja last minit.
segala report, tutorial dan assignment perlu di setel kan sebelum study week?
haha :DD dugaan yang macam apa je.. takpe. kalau nak keje kayo-kayo, kene susah dulu.


ini gua nak cerita perihal menjawab soalan tutorial.
tutorial kat kampus gua ni memang wajib. tak macam kat kampus laki gua, takde tutorial pun. hanya lecture dan ASSignment. tak adil lah kan?


memang bersemangat lah nak buat tutorial ni. sebab soalan tutorial seakan sama dengan final. itu yang dihebah-hebahkan. kebenarannya, gua tak berapa pasti.
siap sedia dengan segala senjata yang gua ada. kuih raya buat senaman mulut, pensil dan pen buat coret diatas kertas yang putih bergaris kelabu, mp3 pemberian lelaki kesayangan. buku chemistry raymond chang yang tebal kalau buat pukul kepala musuh, memang boleh mati musuh.
tutup laptop kesayangan sebab laptop ni boleh jadi SYAITAN IBLIS DURJANA bila semangat gua membuak-buak nak belajar.


baca soalan dengan hati-hati, tulis jawapan. kalau tak tahu, bukak buku chang sebab masih bersemangat untuk selak-selak dan baca long explanation.


masuk soalan yang susah-susah, gua terus google.
cilaka tol laptop ni. asyik nak membisik kata-kata godaan je.


kesudahannya, soalan tutorial semua di cedok dari answers.com


haha.