hey, saya rindu awak tapi kenapa awak tinggikan suara awak kat saya?
saya sentiasa ambil berat dekat awak tapi kenapa awak kurang beri perhatian kepada saya?
saya sentiasa bersabar dengan semua kerenah awak tanpa ambil kira mood saya tapi kenapa awak taknak bersabar dengan saya sebab awak takde mood untuk itu semua?
awak, kalau awak mesej saya. saya sanggup tinggalkan kerja saya. saya taknak awak rasa terbiar.
tapi awak kalau boleh, taknak pun mesej saya. saya leceh ke?
saya berubah untuk awak,eh nope..tapi untuk DIa yang MAHA ESA, saya cuba jadi sempurna depan awak, jaga hati awak, tapi awak terus buat saya rasa kecil hati.
saya takut nak ungkapkan perkataan putus depan awak sebab saya taknak awak rasa awak tak sempurna.. tapi dengan mudah awak ungkap perkataan macam itu bila awak rasa saya ni cuma menganggu je. bila saya cakap apa yang saya tak suka, awak terus je tersentuh dan cakap bukan-bukan. sampai awak cakap awak tak suka saya.
bayangkan, macam mana hancurnya hati saya waktu itu.
saya taknak pergi bukan sebab saya takut tiada siapa mahukan saya tapi sebab awak pilihan yang betul.
saya akan ada dalam mode silence.
saya nak jauhkan diri dulu.
jangan cari saya dulu. saya nak buang jauh-jauh air mata saya yang mengalir ini.
saya nak muhasabah diri saya balik. saya nak ketenangan yang saya dapat dulu bila awak dampingi saya setahun yang lepas.
waktu dimana saya yakin dengan kukuh awak pelindung saya.
awak masih pelindung saya cuma benteng pertahanan dah mulai goyah.
nota kecil yang saya tulis masih saya simpan dalam poket hati saya.
saya cintakan awak, dalam-dalam.
memang luka sebab cinta awak, tapi awak ada bagi handyplast. saya dah tampal.
jauh disudut hati saya, saya maafkan awak.
saya tak berdendam. saya open, awak konservatif.
itu tak apa. kita saling melengkapi.
maaf, kadangkala saya envy dengan pasangan lain yang selalu bergayut setiap malam.
saya envy dengan orang yang makan bersama.
saya envy dengan mereka yang dapat sua muka
entahlah awak.
jadi awak yang setahun dulu ye?
kasar tapi saya masih rasa sayang dan cinta awak.
3 caci maki: (+add yours?)
haduss..sedeh lak pagi2 bc entry ni
laki mmg cmtu. sometimes kte kena bg dorg mase.pedih mmg pedih, tp kte as prempuan kena sabar.kalo syg rlationship tu lagi la.
tapi kalo mamat tu yg x sedar2, ak rase btter ko cari lain.
mungkin dia tengah tak berapa bagus sekarang ni.. tension kot.. takpelah, nnti2 ok balik lah tu
awek aku mcm laki kau la.. hahaha.. sebijik beb!
Post a Comment