geli-geli

cun tak header baru gua?
berbakat betul cik tipikal ni.. kembang kempis hidung gua
tak sia-sia cikgu terjerit-jerit masa ajar HTML suatu ketika dahulu. seronok gua edit secara haram hasil titik peluh orang lain.
bangga-bangga!

bukan pasal header baru yang gua nak gembar-gemburkan. tapi ini pasal beberapa perihal jijik kapel zaman sekarang. tak la jijik mana, tapi bila gua jalan-jalan kat mall, baca kat FB, gua meluat!


  • si jantan bawak beg tangan awek dia.
pemandangan biasa sekarang ni. try la jalan-jalan kat pavilion, mid valley mahupun times square. kadang-kadang kat pasar malam pun boleh nampak jugak. bersepah di merata-rata tempat lah senang kata. hoh! gua kalau nampak memang mencebik muka walaupun masa tu gua jalan dengan laki gua. bukan gua jeles sebab laki gua tak berapa romantis nak bawak itu ini, tapi gua punya pandangan tersendiri. pertama-tamanya, bila si lelaki membawa beg tangan akan hilang lah segala seri-seri macho yang terpancar. biarpun lelaki itu adalah seorang lelaki gagah yang mempunyai six pax dan gagah perkasa.gua akan terus cop pondan! haha. lantak lah kan? mulut gua, suka hati gua. 
sumpah tak macho plus nampak sangat badan besar tapi takut kat awek. tu baru kapel, kalau dah kahwin memang terus takut bini. gua tau korang sayang awek tapi tak payah manjakan sampai sebegitu rupa. banyak lagi benda sweet yang korang boleh lakukan. sebagai contoh, beli i-phone atau bagi duit sejuta suruh dia shopping. tak jantan wey bawak beg awek ni. awek kau pijak kepala kepala kau nanti


  • panggilan yang menggelikan pankreas
contoh : mama ngan papa. euwww, i geli. kan keluar dah gedik santai gua. hoho.. kalau gua tak dengar takpe, ni gua dengar dan gua lihat. siap bermanja-manja di FB. ya ampun. jangan buat orang lain tambah dosa yang memang cukup berbakul-bakul tu. please la, Fb tu bukan korang berdua je yang punya. orang lain baca mahu batal puasa mereka.


tu baru dua contoh yang gua cuba huraikan. sebenarnya banyak lagi. cuma gua mal;as dah nak menaip sebab gua rasa dosa gua dengan menyinbah semua meluat dan benci gua kat blog  akan terus bertambah.





2 caci maki: (+add yours?)

Aku said...

belum kahwin teringin nak nampak macam laki bini
bila dah kahwin nak jadi bujang
jalan sebatu jarak

cik tipikal said...

biasalah tu.. lelaki melayu yang tipikal...